NUR Imtinar bersama suaminya.
NUR Imtinar bersama suaminya.

Kuala Lumpur: Wanita ini sudah 1,152 kali menjalani rawatan dialisis sejak 2015 selepas disahkan mengidap penyakit buah pinggang kronik.

Sejak itu kehidupannya berubah sepenuhnya apabila dia perlu menjalani rawatan berkenaan sepanjang hayat.

Nur Imtinar ShahbudĂ­n, 41, berkata, seperti pesakit buah pinggang kronik yang lain, dia juga melalui fasa kemurungan dan hilang semangat selama setahun.

Menurutnya, dia mulanya sukar menerima hakikat itu dan merasakan ujian berkenaan terlalu berat.

"Saya berasa sedih apabila didiagnosis mengidap penyakit itu ketika baru dua tahu n mendirikan rumahtangga.

"Malah, ketika itu saya baru terima tawaran kerja di sebuah bank terkemuka tanah air.

"Saya ingin bina kerjaya namun hasrat itu tidak kesampaian. Malahan pernah terdetik dihati mempersoalkan takdir terhadap ujian berat dihadapi ini," katanya.

Namun, di sebalik dugaan itu, dia bersyukur dikurniakan suami Helmi Idris, 44, yang penyayang, bertanggungjawab dan sentiasa memberikan sokongan moral.

Katanya, dia juga bernasib baik mempunyai seorang adik bekerja sebagai doktor perubatan yang banyak memberi kata semangat dan nasihat.

"Adik maklumkan ramai pesakit buah pinggang di hospital diuji dengan ujian lebi h berat.

"Namun nasib saya lebih baik berbanding mereka dalam pelbagai aspek yang membuatkan tersedar dan reda dengan dugaan ini," katanya.

Nur Imtinar berkata, dia bertuah kerana kos rawatan dialisis ditanggung sepenuhnya oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

"Jika tanpa bantuan ini (Perkeso) mungkin saya tak mampu teruskan rawatan dialisis berikutan perbelanjaan rawatan mencecah RM3,600.

"Selain buah pinggang, saya turut ghidap beberapa penyakit lain iaitu masalah paratiroid, keresahan, jangkitan saraf tunjang, paras gula dalam darah rendah dan darah tinggi.

"Jangkitan saraf tunjang pernah buatkan saya lumpuh setahun pada 2019 kerana ini juga terpaksa berhenti kerja sebagai pegawai bank," katanya.

Katanya lagi, pelbagai masalah kesihatan dihidapinya menyebabkan berat badannya menurun daripada 56 kilogram (kg) kepada 36kg.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Jun 2024 @ 6:50 AM