SUV pertama PHEV Lamborghini.
SUV pertama PHEV Lamborghini.
Zhahirah Sazali


Lamborghini memperkenalkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) Super, Urus SE dengan ciri kestabilan dan kecekapan aerodinamik yang ditambah baik.

Model ini juga adalah SUV pertama untuk jenama itu yang menawarkan enjin kenderaan elektrik plug-in hibrid (PHEV).

Mula dipertontonkan di Auto Beijing 2024 lalu, ia kemudian mend

arat di Malaysia yang dijana enjin 4.0 liter biturbo V8 petrol serta kuasa 620PS dan tork 880Nm.

Dilengkapi motor elektrik tunggal ia menjana 192PS dan tork 483Nm dan sekiranya digabungkan ia menghemburkan kuasa 800PS dan tork 950Nm.

Sebagai Super SUV ia mampu memecut dari sifar ke 100 km/j dalam tempoh 3.4 saat dan kelajuan maksimum mencecah 312 km/j.

Untuk e-motor dalam model ini adalah unit synchronous magnet-kekal yang terletak antara kotak gear automatik lapan kelajuan serta dikuasakan bateri lithium-ion dengan 25.9 kWj yang dipacu ke semua roda.

Untuk pengendalian terbaik SUV ini juga dilengkapi suspensi udara boleh laras menerusi pilihan mod pemanduan Corsa, Strada, Sport dan Neve (snow).

PINTU belakang dengan spoiler rekaan baharu.
PINTU belakang dengan spoiler rekaan baharu.

Mod hibrid pula merangkumi ciri hibrid, Recharge dan EV Drive sehingga 60 kilometer (km).

Ciri rekaan lain luaran yang membezakannya dengan varian enjin pembakaran bahan api (ICE) menerusi lampu hadapan dan lampu nyalaan siang (DRL) yang bersepadu berbanding bentuk Y sebelum ini.

DILENGKAPI mod EV.
DILENGKAPI mod EV.

Ia juga dengan bampar hadapan dan belakang yang tampil ciri rekaan baharu, namun untuk gerbang roda dan penggayaan masih sama.

Sistem penyejukan brek mengalami peningkatan sebanyak 30 peratus serta ciri aerodinamik juga ditambah baik serta sejukan komponen enjin sebanyak 15 peratus.

Selain itu, pada pintu belakang juga menerima rekaan baharu dengan spoiler serta bahagian diffuser yang membolehkan lebih 35 peratus downforce untuk lebih kestabilan dan ciri erodinamik.

KEMASAN premium dan sofistikated.
KEMASAN premium dan sofistikated.

Elemen lain dengan ruang kabin yang kini menerima sistem infotainmen bersaiz 12.3 inci dan rim padanan dari saiz 21 ke 23 inci dan untuk model yang dipaparkan ini menggunakan Galanthus 23" yang dipasangkan sebagai standard dengan tayar Pirelli P Zero baharu.

Untuk pasaran Malaysia Lamborghini Urus SE ditawarkan pada harga bermula RM1.3 juta (tidak termasuk cukai dan lain-lain).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Jun 2024 @ 7:01 AM