VESPA 946 Dragon Edisi Terhad.
VESPA 946 Dragon Edisi Terhad.
Lizam Ridzuan


Sempena Hari Kebangsaan Itali ke-78 yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini, jenama motosikal dari negara itu, Vespa menampilkan model baharu dengan corak terkini.

Vespa 946 Dragon Edisi Terhad kini tampil bergaya dengan pilihan cermin pelindung angin, beg belakang dan material pelana padanan yang sama.

Pengerusi Didi Group sebagai syarikat induk pengedar utama motosikal Vespa di negara ini, Rewi Hamid Bugo berkata, sambutan Hari Itali di Malaysia tahun ini tambah bermakna dengan sesi pratonton model edisi terhad 946 Dragon.

"Model ini mempunyai keunikan tersendiri dengan elemen naga yang membawa simbolik kekuatan yang tiada tandingan pada jentera ikonik dari Itali," katanya.

Disasarkan buat peminat dan pengumpul elemen berkaitan naga, Vespa 946 Dragon ini hanya dikeluarkan sebanyak 1,888 unit.

Menerusi warna hijau emerald serta elemen grafik naga pada motosikal ia dihasilkan dengan kemasan dan teliti seiring teknologi, budaya dan jentera mobiliti gaya hidup.

Vespa ini tampil berbeza dengan dilengkapi komponen seperti rim, pemegang dan pelana warna satin emas dan ia dipadankan dengan enjin 150cc, suntikan elektronik, kawalan cengkaman, lampu LED dan meter LCD.

Oleh kerana ia adalah edisi terhad dengan corak naga, Vespa 946 Dragon ditawarkan pada harga RM103,888.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Jun 2024 @ 6:11 AM