BARISAN pemain Jordan meraikan jaringan Nizar Al Rashdan. FOTO REUTERS
BARISAN pemain Jordan meraikan jaringan Nizar Al Rashdan. FOTO REUTERS
AFP

Doha: Jordan akan bertemu Tajikistan di suku akhir Piala Asia selepas menjaringkan dua gol dalam masa tiga minit pada masa kecederaan untuk mengejutkan Iraq 3-2 dalam aksi cukup mendebarkan, hari ini.

Jordan yang berada di ranking lebih rendah dilihat sudah hampir tersingkir menuju ke masa kecederaan tetapi Yazan Al-Arab berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-95.

Jika jaringan itu membuatkan Iraq tergamam, dua minit kemudian sepakan lencong Nizar Al-Rashdan dari luar kotak penalti terus menerjah gawang lawan untuk menamatkan terus impian Iraq serta mengesahkan Jordan tiket ke suku akhir.

Iraq pastinya kecewa dan terkejut kerana mereka sudah di ambang kemenangan sebelum dua jaringan lewat lawan itu.

Jordan akan bertemu Tajikistan di suku akhir, pasukan yang melakar kejutan pada penampilan sulung mereka.

Jordan beraksi dengan baik di separuh masa pertama dengan Yazan Al-Naimat meletakkan mereka di depan selepas menjaringkan gol pada masa kecederaan babak pertama.

Iraq, yang menewaskan pasukan pilihan, Jepun 2-1 pada aksi peringkat kumpulan, melancarkan serangan selepas rehat.

Tekanan dilakukan Iraq membuahkan hasil pada minit ke-68 selepas Saad Natiq berjaya menyamakan kedudukan.

Aymen Hussein meletakkan Iraq di depan pada minit ke-76 untuk kedudukan semasa 2-1 dan kemumgkinan jaringannya itu adalah gol kemenangan untuk Iraq.

Ia adalah gol keenamnya dalam kejohanan itu tetapi dia pantas dilayangkan kad kuning kedua kerana terlalu meraikan golnya itu sekali gus dibuang padang.

Dua gol pantas Jordan pada masa kecederaan kemudian terus memusnahkan impian Iraq.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 January 2024 @ 10:28 PM