PENYOKONG Korea Selatan yang memakai jersi JDT pada perlawanan kumpulan E Piala Asia membabitkan Korea Selatan menentang Jordan.
PENYOKONG Korea Selatan yang memakai jersi JDT pada perlawanan kumpulan E Piala Asia membabitkan Korea Selatan menentang Jordan.
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Siapa sangka juara 10 kali berturut-turut Liga Super Johor Darul Ta'zim (JDT) mempunyai penyokong dari negara 'Kpop' iaitu Korea Selatan.

Situasi terbabit dapat disaksikan apabila terdapat penyokong Korea Selatan yang memakai jersi JDT pada perlawanan membabitkan negara terbabit berdepan Jordan dalam aksi kedua peringkat kumpulan E semalam.

Pada perlawanan terbabit, lensa kamera fokus kepada ke arah penyokong, kelihatan seorang penyokong Korea Selatan sedang menyarung jersi JDT.

Situasi itu berlaku selepas Korea Selatan berjaya mendahului perlawanan menerusi jaringan penalti oleh Son Heung-min.

Pakaian yang di sarung penyokong itu adalah jersi kedua (away jersey) JDT yang berwarna putih sekali gus membuatkan pasukan dari Liga Super 'mendonia' di peringkat tertinggi bola sepak Asia.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada penyokong terbabit sememangnya berasal dari Korea Selatan atau sebaliknya.

Terdahulu, Korea Selatan terpaksa berhempas-pulas sebelum berjaya membawa pulang satu mata.

Walaupun mendahului, Jordan berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan sendiri Park Young-woo pada minit ke-37.

Jordan berjaya mendahului menerusi Yazan Al-Naimat pada masa kecederaan separuh masa pertama sebelum Yazan Al-Arab menjaringkan gol sendiri pada minit ke-90.

Hasil daripada keputusan seri itu menyaksikan Korea Selatan dan Jordan kedua-duanya mengutip empat mata daripada dua perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 January 2024 @ 2:23 PM