AKRAM Afif wira Qatar apabila meledak dua gol buat tuan rumah menewaskan Lebanon. -FOTO Reuters
AKRAM Afif wira Qatar apabila meledak dua gol buat tuan rumah menewaskan Lebanon. -FOTO Reuters
AFP

Doha: Akram Afif yang menjaringkan dua gol berkata berkata Qatar sudah "melupakan tentang Piala Dunia" selepas juara bertahan itu memulakan kempen Piala Asia mereka dengan kemenangan pada perlawanan pembukaan kejohanan itu semalam.

Tuan rumah menewaskan Lebanon 3-0 di Stadium Lusail yang berkapasiti 88,000 penonton yang mana Argentina diketuai Lionel Messi menundukkan Perancis menerusi penentuan penalti pada final Piala Dunia 13 bulan lalu.

Qatar berdepan keputusan terburuk di Piala Dunia 2022 apabila tersingkir di pusingan pertama selepas tewas ketiga-tiga perlawanan, prestasi paling teruk oleh tuan rumah dalam sejarah pertandingan.

Tetapi Afif berkata mereka sudah bersedia untuk membuat permulaan baharu di Piala Asia, lima tahun selepas mereka memenangi kejuaraan benua itu buat kali pertama.

"Ia mengecewakan tetapi kami berbangga kerana kami bermain di Piala Dunia," kata penyerang itu.

"Kami sudah melupakan Piala Dunia, kami melupakan 2019, kami hidup hari ini dalam hari baharu.

"Setiap hari adalah peluang bersaing dan berjuang untuk peluang memegang piala."

Qatar mengejutkan Jepun pada final 2019 di Emiriah Arab Bersatu, menjulang trofi selepas memenangi semua perlawanan yang mereka mainkan pada kejohanan itu.

Mereka menyertai pertandingan tahun ini hanya sebulan selepas menukar jurulatih mereka, dengan Tintin Marquez menggantikan Carlos Queiroz.

Segala-galanya berjalan lancar ketika menentang Lubnan apabila Afif melakukan percubaan pada separuh masa untuk meletakkan mereka di depan.

Almoez Ali menggandakan kedudukan buat Qatar selepas rehat sebelum Afif memperoleh gol kedua dan ketiga buat tuan rumah.

"Saya sangat gembira kerana pemain memberikan 200 peratus," kata Marquez.​

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 January 2024 @ 9:05 AM