Bekas jurulatih skuad bola sepak Olimpik Palestin, Hani Al-Masdar. FOTO Nzherald.co.nz
Bekas jurulatih skuad bola sepak Olimpik Palestin, Hani Al-Masdar. FOTO Nzherald.co.nz
Agensi

Gaza: Bekas jurulatih skuad bola sepak Olimpik Palestin, Hani Al-Masdar, terbunuh dalam serangan udara tentera Israel di Gaza dan perkara itu disahkan oleh Persatuan Bolasepak Palestin.

Al-Masdar, 42, sebelum ini beraksi sebagai pemain tengah bersama kelab Al-Maghazi dan Gaza Sports sebelum bersara pada 2018.

Selepas menamatkan karier sebagai pemain dia beralih arah menjadi jurulatih pasukan kebangsaan Palestin.

Pemergiannya memberi tamparan hebat kepada bola sepak Palestin, kata persatuan itu.

Sejak 7 Oktober lalu, seramai 88 atlet lelaki dan wanita termasuk 67 pemain bola sepak bersama 24 pentadbir dan kakitangan teknikal sudahpun kehilangan nyawa.

Pada penghujung Disember, seorang pemain bola sepak terkenal Palestin, Ahmed Daraghmeh, 23, dibunuh oleh tentera Israel apabila tentera Israel memasuki bandar Nablus untuk mengiringi penyembah Yahudi ke tapak yang dikenali sebagai Makam Joseph dalam Alkitab di bandar Tebing Barat itu.

Pasukan Olimpik Palestin kini merancang untuk mengambil bahagian pada temasya Olimpik Paris, penampilan kelapan mereka di temasya itu jika atlet berjaya keluar dengan selamat dari wilayah yang diduduki di tengah-tengah serangan Israel ke atas Gaza.

Setakat ini, dua lelaki Palestin, Ahmed-al-Zahhar dan Wasim Naief, menyatakan hasrat untuk beraksi dalam acara memanah di Sukan Olimpik Musim Panas 2024.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 January 2024 @ 1:37 PM