Pemain Palestin yang kaki terpaksa dipotong akibat ditembak tentera Israel menjalani latihan di Gaza. FOTO AFP
Pemain Palestin yang kaki terpaksa dipotong akibat ditembak tentera Israel menjalani latihan di Gaza. FOTO AFP
Agensi/Esme Jo

KANAK-kanak berusia 12 tahun Abdel Rahman Nofel menjangkakan tidak lagi boleh bermain bolasepak selepas kakinya ditembak tentera Israel berhampiran Tebing Gaza.

Namun pemain kudung itu membuktikan kecacatan tidak menghalangnya beraksi di padang tiruan berhampiran pantai Palestin.

Malah, dia masih boleh mempamer kemahiran mengawal bola biarpun menggunakan topang untuk membuat sepakan.

Abdel yang bersemangat kental adalah antara puluhan pemain yang akan membuat sepak mula untuk kejohanan bolasepak julung kali dianjurkan untuk pemain sepertinya di Gaza, hari ini.

Lebih 6,500 rakyat Palestin ditembak oleh tentera Israel dalam tempoh setahun ketika membuat bantahan mingguan di Tebing Gaza, menurut angka dikeluarkan oleh pihak berkuasa Palestin.

Lebih daripada 125 terpaksa dipotong kaki manakala ramai lagi mengalami kecacatan kekal.

Abdel, pemain termuda pasukannya, ditembak ketika berada berhampiran dengan sekumpulan penduduk bertempur dengan tentera Israel.

Dia kemudian dipindahkan ke Tebing Barat yang diduduki untuk mendapatkan rawatan dan akhirnya diberikan kaki palsu.

“Saya ingat saya tidak boleh bermain bolasepak lagi,” katanya.

Bagaimanapun, bapanya kemudian menerima satu panggilan telefon daripada seorang ahli pasukan bolasepak.

“Mereka memberitahunya ada perlawanan buat orang yang kakinya dipotong,” kata Abdel.

Jurulatih pasukan itu, Khaled al-Mabhooh, 32, ramai yang tercedera dalam bantahan itu marah kepadanya.

Pegawai berkata pasukan itu mengalami sumber terhad termasuk kekurangan topang berkualiti dan kekurangan padang sukan di penempatan yang sesak di Gaza.

Biarpun begitu, ketua pasukan Naji Naji, 27 yang tercedera ketika pertembungan pada 2007 menyatakan penyertaan semakin bertambah dan kini sudah terdapat enam pasukan seumpama itu di seluruh Gaza.

“Kami melakukan keajaiban,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 April 2019 @ 6:55 PM