AKSI antara England dan Macedonia Utara pagi tadi. FOTO AFP
AKSI antara England dan Macedonia Utara pagi tadi. FOTO AFP
AFP

Skopje: Gareth Southgate menegaskan penamat hambar England pada kempen kelayakan Euro 2024 adalah satu amaran buat mereka untuk tingkatkan usaha bermula dari sekarang jika berhasrat memenangi kejohanan itu di Jerman.

Diikat seri 1-1 dengan Macedonia Utara bermakna England gagal menewaskan pasukan ranking serendah ke-66 dunia buat kali pertama sejak 2016, di mana sebelum ini mereka seri dengan Slovenia.

Bagaimanapun, dengan penamat naib juara di Euro terakhir pada 2021, serta penampilan separuh akhir dan suku akhir Piala Dunia pada era Southgate, status England sebagai salah satu pasukan pilihan diterjemahkan dengan baik apabila mencatatkan enam kemenangan daripada lapan aksi kelayakan.

"Keputusan yang sangat besar adalah pada Mac menentang Itali dan Ukraine. Ini bermakna datang ke sini adalah satu ujian yang sama sekali berbeza," katanya.

"Saya fikir memandangkan kami sudah layak dan segala-galanya sudah dicapai mentaliti pemain adalah sangat baik.

"Kualiti ketika mengawal bola adalah baik di permukaan padang yang sukar. Hanya hantaran atau penamat terakhir itu sukar dicari. Tetapi saya fikir terdapat banyak persembahan positif."

Satu bidang yang membimbangkan Southgate adalah perjuangan pasukannya untuk menembusi barisan besar Macedonia Utara dan pertahanan Malta sejak empat hari lalu.

Dalam aksi berkenaan Macedonia Utara terlebih dahulu berada di depan pada minit ke-41 hasil jaringan Enis Bardhi, sebelum kedudukan kembali terikat apabila Jani Atanasov menjaringkan gol sendiri di minit ke-59.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 November 2023 @ 9:55 AM