AKSI pasukan Itali dan Macedonia Utara. FOTO Agensi
AKSI pasukan Itali dan Macedonia Utara. FOTO Agensi
AFP

Milan, Itali: Juara bertahan Piala Eropah, Itali tampak hampir tersingkir daripada persaingan untuk layak ke Euro di Jerman tahun depan apabila diikat 1-1 oleh pasukan lemah, Macedonia Utara.

Kegagalan mengutip mata penuh menyaksikan Itali kekal berada di tangga ketiga Kumpulan C Kelayakan Euro kali ini, malah keputusan berkenaan dianggap mengejutkan.

Pengendali baharu Itali, Luciano Spalletti yang menggantikan Roberto Mancini turut kehilangan kata-kata selepas aksi itu dan mahu pemainnya segera bangkit untuk baki aksi selepas ini.

Katanya, anak buahnya beraksi baik namun kelalaian di hujung permainan menyaksikan lawan berjaya meraih gol penyamaan.

"Pasukan bermain dengan OK. Kita menguasai permainan cuma pasukan tidak memanfaatkan sebaiknya peluang terhidang," katanya kepada pihak media.

"Penyokong dari seluruh dunia menyaksikan perlawanan ini, mereka dapat menilai sejauh mana prestasi pasukan berdasarkan aksi ini," katanya.

Dalam aksi itu, skuad Azzuri terlebih dulu mendahului menerusi penyerang lincah, Ciro Immobile di minit 47 sebelum Enis Bardhi muncul penyelamat di minit 81 untuk mengecewakan penyokong Itali.

Selepas ini, Itali akan bertemu Ukraine yang sebelum itu cemerlang mengikat England, manakala Macedonia Utara berkunjung ke Malta.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 September 2023 @ 9:39 AM