SOUTHGATE (kiri) mahu anak buahnya teruskan rentak kemenangan. FOTO Reuters
SOUTHGATE (kiri) mahu anak buahnya teruskan rentak kemenangan. FOTO Reuters
Agensi

Manchester: Pengurus England, Gareth Southgate menggesa barisan pemainnya mengekalkan mentaliti kemenangan menjelang aksi Kumpulan C kelayakan Euro 2024 menentang Macedonia Utara di Old Trafford awal pagi Selasa.

Beliau turut berharap pemain The Three Lions menjadikan kejayaan Manchester City menjulang gelaran treble sebagai pembakar semangat dalam usaha mereka melayakkan diri ke Euro lebih awal.

Tempat England ke Euro tahun depan dilihat hampir terjamin apabila masin mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan kelayakan termasuk membelasah Malta 4-0 pada perlawanan yang berlangsung semalam.

"Kita semua sudah menyaksikan ada pasukan (City) yang menang tiga trofi pada musim ini. Mereka boleh lakukannya kerana mereka bermain dengan sepenuh hati setiap kali masuk ke dalam padang.

"Apabila pemain sedar mereka ada misi penting, mereka tidak boleh menampilkan aksi terumbang-ambing. Sebab itulah saya mahu pemain England mengekalkan mentaliti kemenangan dalam perlawanan akan datang," katanya.

Sementara itu, beliau juga tidak menolak kemungkinan untuk melakukan perubahan terhadap pasukan ketika bertemu Macedonia Utara nanti selepas menilai aksi pemain-pemainnya semasa menentang Malta.

"Perlawanan dengan Malta membuatkan saya ada beberapa idea untuk diterapkan pada perlawanan seterusnya. Bagaimanapun, semuanya bergantung kepada prestasi pemain dalam sesi latihan," ujar Southgate.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Jun 2023 @ 10:04 AM