SPALLETTI bersama barisan pemain selepas menewaskan Macedonia Utara. -FOTO AFP
SPALLETTI bersama barisan pemain selepas menewaskan Macedonia Utara. -FOTO AFP
AFP

Berlin: Luciano Spalletti dan pasukan Italinya berjanji untuk meneruskan pendekatan berisiko tinggi apabila turun berdepan Ukraine di Leverkusen walaupun mereka akan berdepan gagal ke kejohanan utama jika kalah.

Itali menewaskan Macedonia Utara 5-2 semalam untuk memintas Ukraine di tempat kedua kumpulan.

Itali hanya memerlukan keputusan seri untuk memastikan mereka layak secara automatik ke Euro 2024.

"Kami lebih positif di bawah Spalletti," kata Federico Chiesa yang menjaringkan dua gol.

"Kami mengambil beberapa risiko lagi di benteng pertahanan."

"Kami mahu bermain menentang Ukraine dengan mentaliti ini."

Juara Euro 2020 itu gagal melayakkan diri dua kali ke Piala Dunia yang lalu dan kekalahan kepada Ukraine akan menyaksikan negara Eropah Timur yang dilanda perang itu akan layak ke Euro seterusnya akan menyebabkan Itali perlu beraksi dalam saingan playoff pada 2024 untuk mempertahankan kejuaraan mereka.

Walaupun mengekalkan rekod bersih akan membawa Azzurri ke Jerman tahun depan, pasukan Spalletti berjanji tidak akan menggunakan pendekatan bertahan seperti yang dilakukan Itali pada masa lalu.

Di sebalik jaringan besar ketika menang menentang Macedonia Utara, Juara Eropah dua kali itu menempah bahaya untuk pasukan mereka.

Mendahului 3-0 pada separuh masa, Itali melepaskan dua gol pada separuh masa kedua kepada Jani Atanasov, membolehkan Macedonia Utara kembali ke perlawanan.

Pendekatan menyerang adalah taktik tipikal Spalletti yang mengetuai jentera serangan yang menakutkan di Napoli musim lalu apabila mereka memenangi Scudetto buat kali pertama sejak zaman Diego Maradona.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 November 2023 @ 11:47 AM