GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Bernama-Jiji Press

Tokyo: Syarikat Penerbangan Jepun (JAL) telah membatalkan penerbangan dari Dallas ke Tokyo selepas kaptennya mabuk di sebuah hotel di bandar itu dan diberi amaran oleh polis tempatan, lapor Jiji Press.

Penerbangan itu dijadualkan berlepas pada 11.05 pagi waktu tempatan pada Rabu dengan 157 penumpang. Kebanyakan pemegang tiket telah dipindahkan ke penerbangan American Airlines.

Menurut JAL, kapten lelaki berusia 49 tahun itu tiba di Dallas pada pagi Isnin.

Dia minum arak bersama anak kapal lain di sebuah restoran mulai jam 6 petang pada hari sama dan meneruskan aktiviti itu selepas pulang ke hotel.

Pihak hotel memberi amaran kepadanya tentang bunyi bising, dan dia berhenti minum. Bagaimanapun, hotel itu menghubungi polis sekitar jam 2 pagi Selasa selepas lelaki itu menjerit.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 April 2024 @ 6:10 PM