SILVA (kanan) dijangka digandingkan bersama Aguero untuk menajamkan jentera serangan Sri Pahang menentang PDRM FC, malam esok.  FOTO FB SRI PAHANG FC
SILVA (kanan) dijangka digandingkan bersama Aguero untuk menajamkan jentera serangan Sri Pahang menentang PDRM FC, malam esok. FOTO FB SRI PAHANG FC
Asrol Awang


Kuantan: Kapten Sri Pahang FC, Sergio Aguero dan Rafael Silva dijangka digandingkan buat kali pertama di bahagian serangan apabila berdepan PDRM FC pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, malam esok.

Pengendali Tok Gajah, Fandi Ahmad berkata, gandingan itu susulan kecederaan yang dialami penyerang utama, Kpah Sherman.

"Sherman sepatutnya boleh bermain esok selepas digantung satu perlawanan sebelum ini, tetapi kecederaan lutut menyebabkan khidmatnya kemungkinan tidak dapat digunakan.

"Kecederaan Sherman menyebabkan saya mungkin menggandingkan Aguero dan Rafael atau Lucas Silva untuk menambahkan kekuatan di bahagian serangan.

"Pada masa sama, khidmat Nor Azam Azih mungkin tidak dapat disenaraikan kerana belum berada pada prestasi terbaik selepas pulih daripada kecederaan.

"Namun, Baqiuddin Shamsudin yang sebelum ini tidak beraksi kerana kecederaan akan kembali beraksi esok," katanya.

Fandi berkata, harapannya semoga segala perancangan akan menjadi terutama memastikan tiga mata menjadi milik skuad Tok Gajah di laman sendiri.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 November 2023 @ 7:01 PM