SILVA pulih daripada kecederaan lutut. FOTO Sri Pahang FC
SILVA pulih daripada kecederaan lutut. FOTO Sri Pahang FC
Asrol Awang


Kuantan: Kembalinya penyerang import dari Brazil, Lucas Silva dalam skuad Sri Pahang FC ternyata menggembirakan pengendalinya, Fandi Ahmad.

Beliau berkata, fizikal mantap dimiliki penyerang itu menjadi sandaran utama dalam memperkasakan jentera serangan skuad Tok Gajah.

"Saya gembira Silva dapat bermain walaupun hanya dalam tempoh 15 minit terakhir ketika berdepan Harini Selangor FT, kelmarin.

"Kemasukan Silva adalah untuk menilai prestasinya selepas pulih daripada kecederaan termasuk daripada segi kecergasan.

"Bagi saya, Silva memberi impak kepada pasukan kerana memberikan 100 peratus komitmen serta mempamerkan semangat juang dan turut memiliki peluang untuk menjaringkan gol.

"Saya harap dia akan berada pada prestasi terbaik terutama membantu memperkasakan jentera serangan bersama Kpah Sherman," katanya.

Musim ini, Silva berdepan masalah kecederaan lutut pada musim pertama bersama skuad Tok Gajah.

Namun, dengan kehadirannya dalam skuad Sri Pahang, Silva dijangka mampu menajamkan jentera serangan Sri Pahang bersama Sherman.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Ogos 2023 @ 6:11 PM