RASHFORD anjur parti hari jadi selepas tumpas kepada City. FOTO AFP
RASHFORD anjur parti hari jadi selepas tumpas kepada City. FOTO AFP
Reuters

Manchester: Sambutan parti hari jadi penyerang Manchester United Marcus Rashford beberapa jam selepas kekalahan 0-3 kepada Manchester City hujung minggu lalu 'tidak boleh diterima' kata pengurus Erik ten Hag

Rashford mengadakan parti yang sudah dirancang di tempat hiburan malam eksklusif Manchester pada hari Ahad dan ia sesuatu yang tidak disenangi bos United itu.

"Ia tidak boleh diterima. Saya beritahu dia. Dia meminta maaf dan itu sahaja," Ten Hag memberitahu sidang akhbar.

"Jadi dia membuat kesilapan tetapi ia saya tidak mengatakan ia (tidak) sesuai. Dia membuat satu kesilapan tetapi juga di luar padang apa yang dia lakukan. Saya pasti dia melakukan segala-galanya dengan betul untuk membantu pasukan dan beraksi seterusnya membolehkan kami menang," tambahnya.

Pengendali dari Belanda itu berkata Rashford bersedia untuk perlawanan hari ini di Fulham selepas isu itu ditangani secara dalaman.

United kini merosot di tangga kelapan Liga Perdana Inggeris dengan mengumpul 15 mata daripada 10 perlawanan, 11 mata di belakang pendahulu Tottenham Hotspur.

Fulham berada di tangga ke-14 dengan 12 mata.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 November 2023 @ 1:48 PM