RASHFORD sudah kembali menjalani latihan. -FOTO AFP
RASHFORD sudah kembali menjalani latihan. -FOTO AFP
Agensi

London: Manchester United mengalu-alukan kepulangan Marcus Rashford selepas pulih daripada cedera menjelang pertembungan Liga Perdana Inggeris menentang Chelsea di Old Trafford, awal pagi Jumaat ini.

Penyerang England yang mengalami kecederaan kaki itu turut terlepas perlawanan menentang Bournemouth yang berakhir dengan kemenangan buat United.

Rashford juga tidak dapat diturunkan ketika mereka turun berdepan Wolves.

United hanya memerlukan satu mata daripada dua perlawanan terakhir mereka bagi mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara dan akan menjadi pencapaian pertama Erik ten Hag bersama kelab itu.

Pengurus itu juga mahu mengesahkan kedudukan empat teratas secepat mungkin dengan kemenangan menentang pasukan Frank Lampard di Theater of Dreams.

Teh Hag juga gembira dengan kepulangan Rashford yang memulakan sesi latihan bersama rakan sepasukannya di Carrington hari ini.

Pengendali itu meletakkan Jadon Sancho, Anthony dan Anthony Martial di barisan hadapan dalam dua perlawanan terakhir tetapi penyudah United tidak seperti yang diharapkan.

Rashford mungkin akan bermain perlawanan seterusnya memandangkan hanya ada dua minggu lagi untuk perlawanan akhir Liga Perdana Inggeris menentang Manchester City.

Sementara itu Scott McTominay yang beraksi di posisi yang sama dengan Rashford turut memerlukan masa permainan sebelum pertarungan di Wembley.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Mei 2023 @ 11:58 AM