RASHFORD dilaporkan terbabit kemalangan kereta. FOTO AGENSI
RASHFORD dilaporkan terbabit kemalangan kereta. FOTO AGENSI
AFP

Manchester: Penyerang Manchester United, Marcus Rashford tidak mengalami kecederaan selepas terbabit dalam kemalangan kereta.

Insiden itu berlaku selepas dia membantu pasukannya melakar kemenangan 1-0 ke atas Burnley awal pagi tadi.

Rashford meninggalkan tempat latihan United di Carrington dengan menaiki Rolls Royce berwarna putih berharga £700,000 (RM4 juta).

Skuad Erik ten Hag menaiki bas dari Burnley sebelum meninggalkan pusat latihan dengan kereta peribadi mereka.

Gambar dan video di media sosial menunjukkan insiden kemalangan itu.

Rashford beraksi selama 90 minit ketika United meraih kemenangan di Turf Moor sekali gus menamatkan tiga kekalahan berturut-turut.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 September 2023 @ 9:09 PM