KANG In berjaya meledak gol pembukaan untuk PSG. FOTO AFP
KANG In berjaya meledak gol pembukaan untuk PSG. FOTO AFP
AFP

Paris: Paris Saint Germain (PSG) menewaskan Montpellier 3-0 untuk mendaki sementara puncak Ligue 1.

PSG berwajah baharu di bawah Luis Enrique nampaknya semakin pantas dengan Lee Kang In, Warren Zaire Emery dan Vitinha meledak gol dalam aksi berkenaan.

Penyandang juara PSG mendahului dua mata di hadapan Nice di tangga teratas.

"Apa yang saya lihat ialah positif, objektifnya adalah untuk terus berkesan dalam setiap perlawanan dan bertambah baik," kata Enrique.

"Saya sudah pasti melihat di Parc des Princes sebagai salah satu persembahan PSG yang paling indah (sejak permulaan musim)."

Rembatan kaki kiri Kang In menuju ke penjuru atas pada minit 10 selepas Kylian Mbappe memberikannya umpanan yang cantik.

"Dia sangat disenangi oleh mana-mana penyokong," kata Enrique mengenai Kang In iaitu pemain antarabangsa Korea Selatan.

"Dia masih muda, melakukan usaha dalam serangan dan pertahanan, membuat keputusan yang sangat baik dan sentiasa dahagakan untuk bermain."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 November 2023 @ 11:39 AM