MENTERI Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan Korea Selatan, Kang Hoin tiba di perkarangan Kementerian Pengangkutan untuk bertemu Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai di Putrajaya. FOTO Fariz Iswadi Ismail

Mohd Husni Noor

Putrajaya: Isu berkaitan projek kereta api laju (HSR) Kuala Lumpur- Singapura adalah antara perkara yang dibincangkan dalam kunjungan hormat Menteri Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan Korea Selatan, Kang Hoin ke atas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai di sini, sebentar tadi.

Kang yang ditemui media sejurus pertemuan itu berkata, tiada sebarang keputusan dibuat mengenai projek HSR berkenaan sebaliknya perbincangan banyak berkisar mengenai kerjasama yang boleh diwujudkan dalam sektor pengangkutan di kedua-dua negara.

"Mengenai projek HSR berkenaan, masih banyak perbincangan yang perlu dilalui pada masa depan dimana ia memerlukan masa yang lama sebelum dapat diputuskan," katanya.

Katanya, pertemuan hampir 45 minit itu cukup bermakna dan banyak perkara dibincangkan bersama.

Projek HSR Kuala Lumpur - Singapura menarik minat beberapa negara lain termasuk China dan Jepun.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Jun 2016 @ 4:58 PM