GUARDIOLA (kanan) selamat menjalani pembedahan belakang. -FOTO AFP
GUARDIOLA (kanan) selamat menjalani pembedahan belakang. -FOTO AFP
AFP

London: Manchester City akan bertanding Sheffield United tanpa kehadiran ke Pep Guardiola yang masih perlu menjalani rawatan pemulihan di rumah selepas menjalani pembedahan belakang, kata penolong pengurus Manchester City Juanma Lillo.

Guardiola menjalani pembedahan di Barcelona awal minggu ini, akan terlepas dua perlawanan City yang seterusnya.

Lillo akan menjadi timbalan pengurus apabila mereka berkunjung ke Sheffield United dan melayan kunjung Fulham di Stadium Etihad pada 2 September.

"Kontrak akan diteruskan," kata Lillo. "Pep akan menonton perlawanan Sheffield (United). Apa yang penting ialah kesihatannya. Ia tidak menghalangnya daripada menjadi siapa dirinya. Dia memberi tumpuan sepenuhnya kepada perlawanan.

"Dia memberitahu kami pembedahan berjaya, pemulihannya perlu mengambil masa yang diperlukan. Dia berasa sihat."

Bagaimanapun, Lillo mengesahkan bekas pengurus Barcelona dan Bayern Munich itu tidak akan terbabit dalam perbincangan pasukan di Bramall Lane nanti.

"Kami tidak akan membuat sidang video kerana Pep tidak mahukannya," tambah Lillo.

Lillo kembali ke kelab musim panas ini untuk tugas kedua sebagai pembantu Guardiola selepas menghabiskan 2022-23 mengendalikan kelab Qatar, Al-Sadd.

City memenangi dua perlawanan pembukaan Liga Perdana musim 2023-24, menewaskan Burnley 3-0 dan Newcastle 1-0.

Juara Liga Perdana itu menambah pilihan pemain di bahagian serangan mereka minggu ini apabila mengumumkan pembelian Jeremy Doku dari Rennes dengan harga £55.4 juta (RM323.37 juta) dengan kontrak lima tahun.

"Pasukan berada pada tahap yang baik, anda sudah melihatnya (Doku), dia mempunyai kualiti tertentu. Dia pasti boleh membantu," kata Lillo.

"Setiap kali pemain baharu tiba, kami fikir mereka akan membawa sesuatu dan membantu pasukan di peringkat global. Ini bukan tentang dia dan meletakkan tanggungjawab kepadanya."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Ogos 2023 @ 12:23 PM