SKUAD Kijang Hijau gigih menjalani latihan. FOTO KUFC
SKUAD Kijang Hijau gigih menjalani latihan. FOTO KUFC
Nor Amalina Alias


Kota Bharu: Pengendali baharu Kelantan United Football Club (KUFC) menggalas tugas berat pada aksi pertamanya bersama pasukan dalam pertemuan dengan Sabah FC, malam esok.  

Ailton Dos Santos Silva, 56, berkata, pelawat dibarisi pemain berpengalaman yang akan memberi cabaran hebat kepada KUFC.  

Bagaimanapun dia berharap pemain dapat memberikan rentak konsisten bagi memberi keputusan positif buat skuad Kijang Hijau.   

"Kita tahu perlawanan nanti akan jadi sukar, satu cabaran hebat buat kami tapi apa yang lebih penting pemain memahami setiap kerja dan perlu sentiasa kekal fokus," katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini. 

Beliau berkata, permainan yang bagus akan menarik sokongan penyokong khususnya bagi permainan di tempat sendiri.  

Malam esok, KUFC bakal bertemu penghuni tangga kelima liga, Sabah FC bagi aksi perlawanan Liga Super pusingan kedua, perlawanan ke 15 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.   

Setakat ini KUFC berada di kedudukan kedua tercorot dengan mencatat satu menang, tiga seri dan 10 kekalahan dengan enam mata terkumpul.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Jun 2023 @ 10:01 PM