PAN Gon (kanan) turut berada di Kemboja. FOTO Ihsan Persatuan Bolasepak Malaysia
PAN Gon (kanan) turut berada di Kemboja. FOTO Ihsan Persatuan Bolasepak Malaysia
Zulkarnain Azman


Kuala Lumpur: Kehadiran Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon ke kemboja mencetuskan seribu satu persoalan dalam kalangan peminat bola sepak tanah air.

Adakah kehadirannya melawat skuad bawah-23 kendalian E Elavarasan untuk memberi semangat kepada para pemain atau sebagai penyelamat kepada misi Harimau Muda untuk mencapai sasaran ke final yang diletakkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Hal ini kerana perlawanan menentang Vietnam pada hari ini adalah penentu kepada misi hidup mati Harimau Malaya di temasya berkenaan selepas tewas 0-2 kepada Thailand dalam aksi yang berlangsung pada Sabtu sebelum ini.

Pasukan negara perlu sekurang-kurangnya meraih keputusan seri ketika menentang Vietnam dan meraih kemenangan ke atas Singapura jika mahu menempah slot ke pusingan separuh akhir dalam misi menamatkan kemarau 12 tahun emas kontinjen negara dalam acara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Mei 2023 @ 3:17 PM