GIRALDI gagal memberi impak kepada Forest. FOTO Agensi
GIRALDI gagal memberi impak kepada Forest. FOTO Agensi
Reuters

Nottinghamshire: Pengarah Sukan Nottingham Forest, Filippo Giraldi telah diberhentikan daripada tugasnya berkuat kuasa serta-merta, selepas hanya enam bulan memegang jawatan itu, jelas pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang sedang bergelut itu.

Giraldi, yang dilantik pada Oktober, menyertai kelab yang dinaikkan ke EPL itu selepas mereka mendapatkan lebih daripada 20 pemain pada akhir musim ketika mereka kembali ke liga utama England.

Kehadiran Giraldi itu yang juga bekas ketua skuad pemantau dan Pengarah Teknikal di Watford selama lebih lapan tahun, Forest menambah tujuh lagi pemain baru pada jendela perpindahan Januari namun mendapat keputusan tidak konsisten.

Beliau meninggalkan pasukan yang berada di zon penyingkiran dan gagal mencatat kemenangan pada sembilan aksi terakhir.

"Filippo ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada kelab dan mengucapkan selamat maju jaya kepada Nottingham Forest pada masa akan datang," kata kelab itu, sambil menambah beliau pergi 'secara baik'.

Pemilik kelab, Evangelos Marinakis mengeluarkan kenyataan minggu lalu untuk menangkis khabar angin berkemungkinan memecat jurulatih Steve Cooper, mengatakan kelab itu berada di tempat yang sukar tetapi kedudukan pengurus kekal tidak berubah.

Forest, tempat ke-18 dalam EPL dengan 27 mata daripada 30 perlawanan, menjadi tuan rumah kepada Manchester United pada hari Ahad.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 April 2023 @ 9:47 AM