PEMAIN Forest kecewa apabila mereka gagal mencatat kemenangan walaupun sudah mendahului perlawanan. FOTO Reuters
PEMAIN Forest kecewa apabila mereka gagal mencatat kemenangan walaupun sudah mendahului perlawanan. FOTO Reuters
Reuters

Nottingham: Nottingham Forest mensia-siakan gol pendahuluan untuk perlawanan kedua berturut-turut Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila mereka tewas 2-3 di tempat sendiri ketika berdepan Fulham.

Taiwo Awoniyi memberi Forest permulaan yang sempurna apabila dia menanduk masuk gol pada minit ke-11 hasil sepakan sudut Ryan Yates.

Bagaimanapun, Fulham meledak tiga gol dalam tempoh enam minit pada awal separuh masa kedua untuk merancakkan perlawanan.

Tosin Adarabioyo menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-54 hasil hantaran lintang Willian dan tiga minit kemudian Joao Palhinha menemui sasaran di penjuru atas dengan percubaan kaki kiri.

Fulham menjaringkan gol sekali lagi apabila Harrison Reed merembat masuk hasil hantaran lintang Bobby De Cordova-Reid.

Lewis O'Brien memberikan Forest harapan dengan percubaan minit ke-77 tetapi pasukan Steve Cooper tidak dapat menyelamatkan diri untuk sekurang-kurangnya meraih satu mata.

Forest, yang tewas kepada Bournemouth dalam perlawanan sebelumnya selepas mendahului 2-0, berada di tangga kedua terbawah dengan empat mata.

Fulham, yang mara ke EPL dari Liga Kejuaraan bersama Forest musim lalu, naik ke tangga keenam dengan 11 mata.

"Bermula daripada tiupan wisel dalam perlawanan pertama kami musim ini, kami berada di hadapan.

"Kami juga berdepan kesukaran menentang pasukan gergasi. Pengurus menyampaikan pesanan kepada kami pada rehat separuh masa di mana kami boleh menyakiti mereka.

"Terdapat suasana yang sangat baik di sekeliling kelab," kata Reed.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 September 2022 @ 10:00 AM