GERRARD (kanan) mempunyai hubungan baik dengan pemilik kelab Olympiacos.
GERRARD (kanan) mempunyai hubungan baik dengan pemilik kelab Olympiacos.
Agensi

London: Steven Gerrard dilaporkan menjadi antara calon pengurus baharu Olympiacos pada musim panas.

Gerrard menganggur sejak Oktober lalu selepas dipecat Aston Villa dan digantikan Unai Emery.

Menurut media Greece Protathlitis, legenda Liverpool itu disyorkan kepada juara Greece itu oleh ejen luar negara.

Namun belum ada perkembangan kukuh tetapi laporan sama mendakwa rundingan kontrak berpotensi berlangsung antara kedua-dua pihak.

Ini kerana hubungan baik Gerrard yang berusia 42 tahun dengan pemilik kelab Evangelos Marinakis yang juga memiliki Nottingham Forest sekali gus bermakna

Gerrard boleh tampil semula di Liga Juara-Juara musim depan.

Kelab Marinakis menduduki tangga ketiga carta liga dengan enam mata memisahkan mereka dengan dua kelab teratas dan berpeluang layak ke kejohanan utama Eropah.

Selain Gerrard, Olympiacos turut berminat mendapatkan bekas pengurus AC Milan, Gennaro Gatusso.

Gergasi Greece sudah pun membuat tawaran kepada Gattuso dan pengendali Itali itu dilapor akan memberikan maklum balas dalam tempoh dua minggu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 April 2023 @ 12:50 PM