TROUSSIER ketika menyampaikan ucapannya. FOTO EPA
TROUSSIER ketika menyampaikan ucapannya. FOTO EPA
AFP

Hanoi: Jurulatih Perancis, Philippe Troussier menandatangani kontrak selama tiga tahun hari ini untuk membimbing Vietnam dan segera menyasarkan penampilan pertama di Piala Dunia.

Pengendali berusia 67 tahun itu, yang menggantikan Park Hang-seo dari Korea Selatan, telah membimbing beberapa pasukan kebangsaan dan kelab sepanjang kariernya yang panjang.

Dia mengetuai Jepun merangkul kejuaraan Piala Asia pada 2000 dan membimbing pasukan itu ketika menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia 2002.

Troussier juga pernah mengendalikan Marseille pada 2004-2005, diikuti dengan tugas di China dan Tunisia.

Dia menjadi jurulatih Vietnam Bawah-19 pada 2019.

Vietnam, yang menduduki ranking ke-96 dunia Fifa, sedang bersiap sedia untuk beraksi di Piala Asia 2023 di Qatar, dengan tarikh kejohanan itu masih belum muktamadkan.

Bagaimanapun Troussier sudah menyatakan dengan jelas bahawa beliau mempunyai misi yang besar.

"Penambahan kepada 48 pasukan pada Piala Dunia 2026 adalah peluang untuk Vietnam. Ini adalah matlamat utama yang kita semua sasarkan," katanya semasa majlis menandatangani perjanjian itu.

Kontrak Troussier bermula dari Mac 2023 hingga Julai 2026, kata VNExpress.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Februari 2023 @ 9:58 PM