FILE PHOTO: Soccer Football - FIFA World Cup Qatar 2022 - Group B - Iran v United States - Al Thumama Stadium, Doha, Qatar - November 29, 2022Iran coach Carlos Queiroz reacts REUTERS/Kai Pfaffenbach/File Photo
FILE PHOTO: Soccer Football - FIFA World Cup Qatar 2022 - Group B - Iran v United States - Al Thumama Stadium, Doha, Qatar - November 29, 2022Iran coach Carlos Queiroz reacts REUTERS/Kai Pfaffenbach/File Photo
Reuters

Doha: Qatar melantik Carlos Queiroz dari Portugal sebagai pengurus negara itu sehingga tamat Piala Dunia 2026 umum persatuan bola sepak negara itu (QFA) semalam.

Pengendali berusia 69 tahun itu berjaya membimbing Iran layak ke final Piala Dunia di Qatar namun meninggalkan pasukan itu selepas mereka tersingkir di peringkat kumpulan.

Queiroz menggantikan tempat pengendali dari Sepanyol, Felix Sanchez yang mengetuai Qatar melalui kempen buruk di Piala Dunia yang lalu yang mana tuan rumah tewas ketiga-tiga perlawanan kumpulan dan hanya menjaringkan satu gol.

"Persatuan Bola Sepak Qatar secara rasminya memutuskan untuk melantik jurulatih dari Portugal Carlos Queiroz sebagai ketua jurulatih sehingga 2026," kata QFA.

"Queiroz mempunyai banyak reputasi, pengetahuan yang hebat dan pengalaman luas dalam bola sepak Asia."

Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat, Mexico dan Canada akan menjadi penampilan kelima bekas pengurus Read Madrid, Queiroz di pusingan akhir selepas memimpin negara asalnya Portugal pada 2010 sebelum membawa Iran layak beraksi di Brazil, Russia dan Qatar.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Februari 2023 @ 8:30 AM