PEMAIN Kelantan FC, Miguel Angel Garrido Cifuentes (kiri) diasak oleh pemain  Kuching City FC pada perlawanan Liga Super 2023 di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
PEMAIN Kelantan FC, Miguel Angel Garrido Cifuentes (kiri) diasak oleh pemain Kuching City FC pada perlawanan Liga Super 2023 di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Nor Amalina Alias


Kota Bharu: Kuching City FC memulakan saingan Liga Super 2023, dengan langkah kanan apabila mengejutkan pasukan Kelantan FC 2-1, di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, petang tadi.

Dalam saingan pembukaan Liga Super, pelawat terlebih dahulu diasak tuan rumah dengan kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada babak pertama.

Memasuki babak kedua, Kelantan FC terlebih dahulu membuka jaringan menerusi bekas pemain La Liga, Miguel Angel Cifuentes minit ke 51.

Bagaimanapun keceriaan 5,138 penyokong The Red Warriors yang hadir ke stadium tidak lama apabila pelawat menyamakan kedudukan pada minit ke 58.

Import Liberia, Abu Kamara menjadi watak pemusnah Kuching FC apabila hantarannya membantu rakan, Abdallah Sudi menewaskan penjaga gol Kelantan, Mohamad Rozaimi Rahamat.

Kamara, 26 tahun sekali lagi menghampakan kem tuan rumah apabila meledak gol kedua buat pasukan minit ke 71.

Kelantan FC melakukan pertukaran pemain dengan mengeluarkan import, Nuha Marong dan digantikan Ikhwan Yazek saat-saat akhir perlawanan.

Namun, persembahan pasukan Kijang Merah tidak banyak berubah menjadikan keputusan 1-2 kekal hingga wisel penamat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Februari 2023 @ 8:44 PM