BAQIUDDIN (kanan) menyertai Sri Pajang sejak 2021. FOTO Ghazali Kori
BAQIUDDIN (kanan) menyertai Sri Pajang sejak 2021. FOTO Ghazali Kori
Asrol Awang


Kuantan: Pemain tengah Sri Pahang FC, Baqiuddin Shamsudin akan membalas kepercayaan yang diberikan kelab itu selepas menandatangani kontrak baharu selama dua musim.

Justeru, pemain kelahiran Lipis, Pahang itu akan memberikan komitmen tinggi dalam usaha membantu meningkatkan kembali imej skuad Tok Gajah musim

2023.

"Alhamdulillah, saya berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan kelab apabila menandatangani kontrak selama dua musim iaitu sehingga 2024.

"Saya akui musim ini memerlukan saya mempertingkatkan prestasi untuk memastikan berada dalam kesebelasan utama.

"Ini kerana cabaran besar menanti apabila saya bersama pemain lain akan bersaing untuk berada dalam skuad utama.

"Saya anggap ia persaingan sihat dan pada masa sama mampu membantu meningkatkan prestasi," kata pemain berusia 29 tahun itu.

Baqiuddin menyertai skuad Tok Gajah pada 2021 dan pernah bersama bersama Shahzan Muda, Kuantan FA, PDRM dan UKM FC.

Ditanya kehadiran pemain baharu dan berpengalaman dalam pasukan, Baqiuddin berkata, ia diyakini membantu membentuk pasukan yang lebih mantap dan mampu memberikan saingan kepada pasukan lawan.

Katanya, gandingan pemain musim lalu dan baharu diharap mampu untuk mencapai misi meraih sekurang-kurangnya satu piala musim ini.

"Bagi saya, Sri Pahang akan menjulang sekurang-kurangnya musim ini berdasarkan kepada senaraipemain musim ini," katanya.

Ketika ini, Sri Pahang sudah mengumumkan empat pemain baharu menyertai pasukan itu iaitu Fadhli Shas, Izham Tarmizi Roslan, Syazwan Andik Ishak dan Azrif Nasrulhaq.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 January 2023 @ 4:35 PM