RODRIGUEZ (tengah) antara pemain yang tidak lagi bersama Sri Pahang FC. FOTO Bernama
RODRIGUEZ (tengah) antara pemain yang tidak lagi bersama Sri Pahang FC. FOTO Bernama
Asrol Awang


Kuantan: Sembilan pemain termasuk dua import sah tidak bersama Sri Pahang FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Mereka adalah penjaga gol kebangsaan Mali, Mamadou Samassa dan penyerang Colombia, Steven Rodriguez.

Selain itu, Sean Giannelli, Daniel Wafiuddin Sa'dun, Fandi Othman, Hasnul Zaim Zafri, Nur Izzat Che Awang, Shahrul Aizad Zulkifli dan Mior Dani Armin Mior Ariffen.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) hari ini, kelab itu mengucapkan terima kasih kepada semua pemain berkenaan.

"SPFC mengucapkan ribuan terima kasih dan selamat maju jaya bersama pasukan baru kepada semua.

"Jasa anda semua sepanjang bersama pasukan SPFC kami sangat hargai," katanya menerusi hantaran berkenaan.

Dengan pengumuman itu, tiga import yang beraksi musim ini iaitu Kevin Ingreso dari Filipina, Sherzod Fayziev (Uzbekistan) dan Manuel Hidalgo (Argentina) kekal bersama skuad Tok Gajah.

Antara pemain tempatan yang kekal bersama skuad Tok Gajah musim depan ialah pemain kebangsaan,

Nor Azam Azih, Abdul Malik Mat Ariff, Baqiuddin Shamsuddin, Zarif Irfan Hashimuddin, Ashar Al Aafiz bin Abdullah dan Muslim Ahmad.

Namun, peminat Tok Gajah kini hanya menunggu pengumuman rasmi pemain baharu iaitu tempatan dan import yang akan menyarung jersi skuad itu.

Dalam saingan Liga Super musim ini, Sri Pahang menamatkan kedudukan di tempat ketujuh manakala terkandas pada pusingan awal Piala Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Disember 2022 @ 12:24 PM