Nketiah (kiri) meraikan gol ketiga Arsenal. -FOTO EPA
Nketiah (kiri) meraikan gol ketiga Arsenal. -FOTO EPA
AFP

London: Ketenangan Arsenal untuk bangkit daripada ketinggalan 0-1 menewaskan West Ham 3-1 mengagumkan pengurus Mikel Arteta ketika The Gunners melebarkan kelebihan tujuh mata di puncak Liga Perdana lewat malam tadi.

Bukayo Saka dan Gabriel Martinelli mengubah permainan dalam tempoh lima minit separuh masa kedua sebelum Eddie Nketiah mengesahkan tiga mata buat pendahulu liga itu.

Penalti babak pertama Said Benrahma membolehkan Hammers mendahului namun skuad bimbingan David Moyes yang kini kekal hanya satu mata di atas zon penyingkiran di tangga ke-16.

"Kami menunjukkan ketenangan dan tidak pernah panik dan melakukan apa yang perlu untuk mendapatkan kemenangan ini," kata Arteta.

"Kami menjaringkan gol pada masa yang tepat dan penonton juga luar biasa pada saat kami melepaskan gol.

"Mereka terus percaya. Apabila kami menjaringkan gol ia menjadi kuat dan kami menjana momentum yang diperlukan."

Sementara itu Arteta tidak menurunkan bintangnya yang beraksi di Qatar kerana William Saliba bermula hanya lapan hari selepas menjadi sebahagian daripada skuad Perancis yang tewas menerusi penentuan penalti kepada Argentina.

Manchester City boleh kembali merapatkan jurang dan memintas Newcastle yang melonjak ke tangga kedua sekiranya menewaskan Leeds esok.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Disember 2022 @ 8:00 AM