JESUS meraikan gol keduanya bersama Arsenal. -FOTO EPA
JESUS meraikan gol keduanya bersama Arsenal. -FOTO EPA
AFP

London: Jurulatih Arsenal Mikel Arteta menggesa pasukannya untuk terus mengikuti contoh Gabriel Jesus selepas penyerang Brazil itu membuka akaun sebagai penjaring Gunners dengan meledakkan dua gol ketika mereka meraih kemenangan 4-2 ke atas Leicester awal pagi tadi.

Tiba dari Manchester City, Jesus membuktikan kemampuannya kepada penyokong setia Arsenal pada perlawanan pertama kelab utara London itu di tempat sendiri dalam kempen musim ini.

Dia menggembirakan lebih 60,000 penyokong yang membanjiri Stadium Emirates apabila meledak gol pembukaan dengan jaringan mengagumkan pada minit ke-23 sebelum meletakkan pasukan itu terus di depan menerusi tandukannya untuk menjadikan kedudukan 2-0 sebelum tamat babak pertama.

Namun Jesus yang berusia 25 tahun itu tidak berpuas hati dengan prestasinya sendiri biarpun berjaya memberi impak besar kepada bosnya itu.

"Kami tahu apa yang Gaby boleh lakukan," kata Arteta.

"Dia menjaringkan dua gol dan juga membantu menjaringkan gol dan dia berasa kecewa di bilik persalinan itu kerana dia berkata dia boleh menjaringkan empat gol.

"Itu standard, itulah mentaliti yang anda mahukan, Untuk pergi ke tahap berbeza anda memerlukan mentaliti itu."

Bekas pemain tengah Arsenal Arteta berkata: "Saya tidak mahu menentangnya. Dia seorang yang sangat berkebolehan, intuitif dan sentiasa tajam dan proaktif untuk bermain pada bila-bila masa di mana-mana fasa permainan dan dia adalah ancaman sebenar."

Leicester cuba untuk bangkit pada separuh masa kedua menerusi jaringan sendiri William Saliba sebelum Granit Xhaka meledakkan gol ketiga Arsenal.

James Maddison merapatkan jurang untuk Leicester pada minit ke-74 namun 60 saat berselang Gunners menjadikan kedudukan 4-2 hasil jaringan Gabriel Martinelli.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Ogos 2022 @ 9:16 AM