NEYMAR (kiri)bersama Vinicius Junior (kanan) pada sesi latihan di Al Arabi Stadium. -FOTO AFP
NEYMAR (kiri)bersama Vinicius Junior (kanan) pada sesi latihan di Al Arabi Stadium. -FOTO AFP
Reuters

Sao Paulo: Penyerang Real Madrid dari Brazil, Vinicius Jr cuba menamatkan perjanjian penajaan dengan Nike Inc, lapor laman web UOL berkata pemain berasakan dia mendapat layanan tidak adil daripada syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu.

Vinicius Jr, kini bersama pasukan kebangsaan di Piala Dunia Qatar menghubungi peguam untuk mendapatkan maklumat terperinci bagi menamatkan perjanjian yang akan tamat pada 2028, kata laporan itu.

Nike bagaimanapun tidak memberi maklum balas mengenai komen itu.

Vinicius Jr, 22, menjadi salah satu aset terbesar Nike di Brazil yang juga ditaja oleh pembuat pakaian sukan AS selepas syarikat itu menamatkan perjanjian penajaan dengan Neymar pada 2021.

UOL berkata, Neymar dan Nike gagal mencapai persetujuan mengenai jumlah perlu dibayar kepadanya untuk memperbaharui kontrak.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Disember 2022 @ 10:05 AM