THIAGO Silva kecewa selepas Chelsea tumpas 0-1 kepada Newcastle. FOTO EPA
THIAGO Silva kecewa selepas Chelsea tumpas 0-1 kepada Newcastle. FOTO EPA
Reuters

London: Pengurus Chelsea, Graham Potter berkata, mengakui pasukannya sedang bergelut tetapi bakal kembali lebih kuat tatkala gol menakjubkan Joe Willock membolehkan Newcastle United menghukum mereka dengan kekalahan Liga Perdana Inggeris (EPL) kali ketiga berturut-turut.

Potter mengharungi sembilan perlawanan tanpa kalah dalam semua pertandingan selepas meninggalkan Brighton & Hove Albion untuk menggantikan Thomas Tuchel September lalu tetapi saingan Chelsea untuk musim ini terganggu selepas tumbang kepada empat kali dalam lima perlawanan terakhir mereka.

Chelsea tergelincir di tangga kelapan liga, berkongsi 21 mata dengan pasukan tangga ketujuh, Brighton namun beraksi lebih satu perlawanan dan lapan mata di belakang pasukan tangga keempat Tottenham Hotspur.

"Ia tidak bagus untuk kami, kami berada dalam tempoh yang teruk. Kami perlu mengubati luka ini.

"Kami akan menggunakan masa rehat untuk mengisi dan berkumpul semula serta mencubanya sekali lagi.

"Kami melalui tempoh yang sangat sukar dan terdapat banyak perkara positif, tetapi beberapa negatif juga harus dijadikan pengajaran.

"Ia adalah tempoh yang sengit. Kadang-kadang anda perlu menerima perjuangan yang ditempuhi dan kemudian bergerak ke hadapan. Akhirnya ia bergelut dan perlu bermula semula pada separuh kedua musim ini, masih jauh lagi untuk ditempuhi," katanya.

Chelsea dihimpit masalah kecederaan pemain utama, dengan pertahanan England, Reece James dan Ben Chilwell serta pemain tengah Perancis, N'Golo Kante, semuanya terlepas untuk beraksi di Piala Dunia Qatar dan berdepan tempoh rehat yang lama.

Ketumpulan bahagian serangan juga menjadi masalah buat pasukan bimbingan Potter, selepas menjaringkan tiga gol dalam lima perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan, dengan penyerang Raheem Sterling dan Pierre-Emerick Aubameyang kedua-duanya bergelut sejak berpindah ke Stamford Bridge.

Chelsea kembali beraksi apabila melayan kunjungan Bournemouth dalam saingan liga pada 27 Disember.

Chelsea have been hampered by injuries to key players, with England full backs Reece James and Ben Chilwell as well as France midfielder N'Golo Kante all missing the World Cup in Qatar and facing lengthy spells on the sidelines.

Scoring goals has also been a problem for Potter's side, having netted three times in their last five games in all competitions, with forwards Raheem Sterling and Pierre-Emerick Aubameyang both struggling since their moves to Stamford Bridge.

Chelsea return to action when they host Bournemouth in the league on Dec. 27.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 November 2022 @ 9:33 AM