RONALDO menjaringkan gol ketiga buat United. FOTO AFP
RONALDO menjaringkan gol ketiga buat United. FOTO AFP
AFP

Paris: Cristiano Ronaldo menjaringkan gol pertamanya dalam penampilan pertamanya dengan Manchester United sejak enggan masuk sebagai pemain gantian minggu lalu.

Gol Ronaldo itu membantu United mencatat kemenangan 3-0 ke atas Sheriff Tiraspol dalam saingan Liga Europa pagi tadi.

Kemenangan itu juga menyaksikan Diogo Dalot dan Marcus Rashford mencetak nama sebagai penjaring, untuk memastikan kedudukan Red Devils bagi pusingan seterusnya.

Mereka akan menyertai Barcelona yang tersingkir di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

Pengurus United, Erik ten Hag mengetepikan penyerang antarabangsa Portugal itu ketika mereka seri dengan Chelsea dan dia dibenarkan menyertai latihan dengan skuad utama minggu ini.

"Melihat Ronaldo menjaringkan golnya adalah satu kepuasan.

"Dia mencipta ruang dan pasukan juga mencipta ruang untuknya. Kami tahu dia mempunyai keupayaan untuk menamatkannya.

"Dia memerlukan satu gol dan sekarang saya yakin akan ada lebih banyak gol," kata ten Hag dari Belanda kepada BT Sport.

Ronaldo, 37, digandingkan dengan pemain sayap berusia 18 tahun dari Argentina, Alejandro Garnacho yang membuat penampilan pertama bersama skuad senior.

Pertahanan kanan, Dalot membuka jaringan sebelum rehat sebelum Rashford menggandakan kelebihan berbaki 25 minit permainan.

Ronaldo meraih jaringan ke-701 sepanjang kariernya bersama kelab dan menjamin tiga mata berbaki sembilan minit aksi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Oktober 2022 @ 8:27 AM