AKSI Rashford (kanan) ketika bertemu Burnley. FOTO Reuters
AKSI Rashford (kanan) ketika bertemu Burnley. FOTO Reuters
AFP

London: Pengurus Manchester United, Erik ten Hag berharap penyerang, Marcus Rashford dapat mengekalkan tahap prestasinya selepas memuji jaringan solo pemain antarabangsa England itu ketika menewaskan Burnley 2-0 pada saingan Piala Liga.

United, sudah mendahului menerusi gol pembukaan Christian Eriksen pada minit ke-27 di Old Trafford, semalam sebelum Rashford yang menjaringkan tiga gol di Piala Dunia, meledak gol kedua menerusi gerakan solo.

Ia adalah kepulangan ke kelab yang mengagumkan bagi Rashford selepas England tersingkir pada suku akhir Piala Dunia.

"Saya rasa dia sangat bekerja keras dengan menewaskan pertahanan lawan sebelum meledak penyudah yang cantik.

"Dia berada pada prestasi terbaik dan sudah tentu saya berharap dia akan mengekalkan momentum ini dan fokus kepada prestasinya," kata Ten Hag.

Rashford kini sudah menjaringkan sembilan gol dalam semua pertandingan untuk United setakat ini.

"Prestasinya sangat meningkat dalam setiap perlawanan. Dia terus memberi ancaman dalam semua perlawanan musim ini.

"Dia sudah menjaringkan banyak gol selain turut membantu bahagian pertahanan," kata Ten Hag.

Perlawanan semalam juga adalah aksi pertama United sejak Cristiano Ronaldo meninggalkan Old Trafford susulan temuramah kontroversinya di kaca televisyen.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Disember 2022 @ 9:49 AM