FERNANDES (dua kanan) meraikan jaringannya. FOTO AFP
FERNANDES (dua kanan) meraikan jaringannya. FOTO AFP
Reuters

London: Manchester United menamatkan aksi hambar mereka apabila kapten, Bruno Fernandes menjaringkan gol pada minit ke-90 untuk meraih kemenangan 1-0 ke atas Fulham pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Fulham, hari ini.

Perlawanan semakin memuncak apabila Fernandes menyambar bola dan melakukan rembatan rendah menembusi gawang gol lawan.

Kekalahan berturut-turut 0-3 di tempat sendiri adalah permulaan terburuk United dalam satu musim sejak 1962 sekali gus memberikan tekanan kepada pengurus, Erik ten Hag.

Namun kemenangan di Craven Cottage pastinya melegakan pengendali dari Belanda itu.

Ketika kemenangan sememangnya diharapkan, ia masih mencetuskan persoalan adakah United akan kekal dibimbing Ten-hag selepas satu lagi prestasi yang kurang meyakinkan.

Kemenangan tipis ketiga berturut-turut dalam liga menyaksikan United menduduki tangga keenam dengan 18 mata daripada 11 perlawanan.

Fulham, yang dua kali cubaan tepat mereka dinafikan oleh Andre Onana pada separuh masa kedua, berada di tangga ke-14 dengan 12 mata.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 November 2023 @ 10:56 PM