LUBANG yang tiba-tiba terhasil selepas aksi antara Austria dan Denmark dalam perlawanan Liga Negara-Negara UEFA. FOTO Agensi
LUBANG yang tiba-tiba terhasil selepas aksi antara Austria dan Denmark dalam perlawanan Liga Negara-Negara UEFA. FOTO Agensi
Agensi

Vienna: Sebaik sahaja perlawanan Liga Negara-Negara UEFA antara Austria dan Denmark berakhir pagi tadi, kedua-dua pemain bingung selepas terdapatnya lubang di atas padang.

Lubang besar yang penuh misteri itu tiba-tiba terhasil di tengah-tengah padang sebaik sahaja wisel penamat dibunyikan tatkala semua pemain sedang berjalan menuju ke bilik persalinan.

Pemain Denmark kelihatan sangat tertarik dengan perkara itu dan Skov Olsen memasukkan kakinya di lubang berkenaan.

Sebelum aksi bermula berlakunya gangguan elektrik dan sebaik tamat perlawanan terhasilnya lubang di tengah padang, apa sebenarnya yang berlaku?.

Salah seorang daripada pengguna Reddit tampil menjelaskan kenapa lubang berkenaan boleh terhasil di tengah padang.

"Salah satu saluran saliran utama rosak. Ini bermakna semua air dari padang terkumpul mengalir ke dalam satu kawasan dan menghakis kerikil saliran.

"Atau padang yang menggunakan rangka keluli, menyebabkan tapaknya menghasilkan satu laluan dan kemudian ia menjadi berlubang," kata individu berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Jun 2022 @ 10:58 PM