Pemain Itali, Federico Chiesa meledak gol ketika berdepan Sepanyol dalam aksi separuh akhir Euro 2020. FOTO Agensi
Pemain Itali, Federico Chiesa meledak gol ketika berdepan Sepanyol dalam aksi separuh akhir Euro 2020. FOTO Agensi
Agensi

London: Sebanyak 140 gol dijaringkan dalam 50 perlawanan yang berlangsung setakat ini di Euro 2020.

Menjelang aksi final antara England dan Itali di Wembley, agensi berita PA melihat beberapa jaringan tercantik sepanjang kejohanan.

Gol jaringan Patrik Schick ketika menentang Scotland dalam saingan peringkat Kumpulan D dilihat antara jaringan menarik dan membuatkan penjaga gawang lawan 'lemas'.

Schick penyerang Republik Czech meledak gol jarak jauh untuk memastikan kemenangan 2-0 pasukannya ke atas Scotland di Hampden.

Schick memastikan Czech di depan tiga minit sebelum waktu rehat dan kemudian mengejutkan Tartan Army sekali lagi selepas aksi bersambung apabila sepakan lambung apabila bola melepasi garisan tengah berjaya mengelirukan penjaga gol, David Marshall.

Sekalipun terdapat beberapa jaringan menarik jarak jauh antaranya yang mencuri perhatian adalah gol jaringan Kevin De Bruyne ketika aksi peringkat Kumpulan B menentang Denmark.

Jaringan perancang tengah Manchester City membolehkan pasukannya memungut tiga mata selepas Denmark mendahului menerusi Yussuf Poulsen.

Skuad kendalian Roberto Martinez kemudian berjaya menyamakan kedudukan menerusi Thorgan Hazard pada babak kedua dan De Bruyne melebarkan rekod tanpa kalah di peringkat kumpulan buat pasukan itu.

Sementara jaringan Andreas Christensen ketika aksi berdepan Rusia dalam kumpulan B serta sepakan lencong Federico Chiesa dari Itali pada aksi berdepan Sepanyol di separuh akhir turut tersenarai antara jaringan tercantik.

Pemain Denmark, Mikkel Damsgaard (tengah depan) berjaya memperdayakan penjaga gol England menerusi sepakan percuma. FOTO AFP
Pemain Denmark, Mikkel Damsgaard (tengah depan) berjaya memperdayakan penjaga gol England menerusi sepakan percuma. FOTO AFP

Selain sepakan percuma Mikkel Damsgaard dari Denmark ketika menentang England di separuh akhir antara gol tercantik sepanjang kempen Kejohanan Eropah kali ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Julai 2021 @ 11:06 PM