KASPER Schmeichel hebat melakukan sepakan akrobatik. FOTO Ihsan Twitter Kasper Schmeichel
KASPER Schmeichel hebat melakukan sepakan akrobatik. FOTO Ihsan Twitter Kasper Schmeichel
Agensi

BEKAS jurulatih Kasper Schmeichel, Kevin Hitchcock mendakwa penjaga gol Leicester City mampu menjinakkan bola sehebat Cristiano Ronaldo.

Dalam satu temubual bersama Goal, jurulatih New England Revolution mendedahkan tidak ramai menyangka Schmeichel hebat mengawal bola dan pemain kelahiran Denmark itu gemar barmain di posisi bukan penjaga gol ketika latihan.

“Kasper mahu bermain di posisi lain. Dia seorang penjaga gol yang menyukai bola sepak dan mampu melakukan sesuatu luar biasa di dalam padang latihan. Dia mampu melakukan sepakan akrobatik seperti Ronaldo dan mengambil sepakan situasi bola mati,” katanya.

Bapa Kasper, Peter Schmeichel juga terkenal dengan identiti melakukan sepakan akrobatik dan pernah melakukannya pada 1997 menentang Wimbledon namun jaringan berkenaan tidak sah kerana ofsaid.

Penjaga gol The Foxes, yang pernah dilatih Hitchock ketika kempen 2008 bersama Manchester City, sering kali dibandingkan dengan kehebatan bapanya.

Peter menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) sebanyak lima kali, selain menjulang trofi Liga Juara-Juara dan tiga kali membantu United meraih Piala FA serta Piala Liga.

Bagaimanapun, Hitchcock yang juga bekas penjaga gol Chelsea, percaya Kasper menjadi penjaga gol berkelas dunia dengan caranya sendiri tapi memiliki beberapa kelebihan sama seperti bapanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 April 2020 @ 9:33 PM