GERRARD calon sesuai gantikan Klopp. -FOTO AFP
GERRARD calon sesuai gantikan Klopp. -FOTO AFP
AFP

Liverpool: Jurgen Klopp berkata dia 'gembira' jika Steven Gerrard menjadi penggantinya selepas kepulangan bekas kapten Liverpool itu ke Anfield sebagai pengurus Aston Villa dengan keputusan berakhir dengan kekalahan 1-0.

Penalti Mohamed Salah memastikan tiga mata berharga buat The Reds dan kini kekal satu mata di belakang Manchester City yang berada di puncak Liga Perdana.

Anak buat Klopp sepatutnya melakar kemenangan lebih meyakinkan apabila mereka menguasai sebahagian besar perlawanan namun kecewa apabila pertahanan Villa beraksi dengan baik selain penyudah yang lemah.

Liverpool terpaksa mengharungi perlawanan yang mencemaskan kerana Gerrard percaya pasukannya juga sepatutnya dihadiahkan penalti apabila Alisson Becker mengasari Danny Ings.

"75 minit pertama adalah permainan bola sepak yang luar biasa," kata Klopp.

"Kami bermain dalam ruang yang kami inginkan tapi kami tidak menamatkan situasi yang sukar itu.

"Kami menjaringkan gol menerusi penalti dan kemudian rasa lega itu jelas terlalu besar dan ia bukanlah perlawanan secara terbuka yang mudah. (15 minit terakhir) Seperti sakit gigi! Tiada siapa mahukannya," kata Klopp

Gerrard yang menyertai Villa bulan lalu selepas tiga setengah tahun mengendalikan Rangers, diletakkan sebagai pengganti utama Klopp apabila kontrak pengendali dari Jerman itu tamat pada 2024.

"Perkara yang bagus ialah saya tiada masalah dengan perkara ini," kata Klopp mengenai spekulasi masa depannnya. "Saya tidak akan berada di sini selamanya dan saya suka jika ianya Stevie, tetapi saya tidak rasa tertekan hari ini."

Gerrard mengakui ada "tahap berbeza antara kedua-dua pasukan" dalam sebahagian besar perlawanan apabila Villa banyak bertahan di laman sendiri.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Disember 2021 @ 9:33 AM