KEPALA Jose Mourinho terhantuk bumbung tempat duduk pemain simpanan dan pegawai pasukan, semalam. FOTO Agensi
KEPALA Jose Mourinho terhantuk bumbung tempat duduk pemain simpanan dan pegawai pasukan, semalam. FOTO Agensi
Agensi

London: Pengurus AS Roma, mengalami detik menyakitkan apabila kepalanya terhantuk bumbung tempat duduk pemain simpanan, semalam.

Kejadian itu berlaku ketika Roma menang 1-0 di Sampdoria, menyaksikan pasukan itu kini ketinggalan lima mata di belakang empat pasukan teratas Serie A.

Tetapi, Mourinho mungkin bangun tidur dengan 'sakit kepala' kerana masalah berbeza berikutan kepalanya terhantuk.

Akibat tidak puas hati dengan keputusan pengadil perlawanan, Jose melompat dari tempat duduk untuk melakukan protes.

Bagaimanapun, tempat duduk pemain simpanan dan pegawai di Stadium Luigi Ferraris lebih rendah dari padang perlawanan.

Pada ketika Mourinho melompat ke arah padang, dia mungkin terlupa dengan perbezaan ketinggian itu menyebabkan kepalanya terhantuk.

Pakar taktikal dari Portugal itu kemudian dilihat menundukkan kepala dalam kesakitan akibat kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 April 2022 @ 10:20 AM