PEMINAT seluruh dunia terpukau dengan skil tandukan Ronaldo. FOTO Agensi
PEMINAT seluruh dunia terpukau dengan skil tandukan Ronaldo. FOTO Agensi
Agensi

CRISTIANO Ronaldo mencipta sejarah jaringan gol menerusi tandukan menakjubkan yang menyaksikannya 'melompat seperti Michael Jordan'.

Penyerang Juventus berusia 35 tahun itu gemar menjaringkan gol dengan lompatan dan seakan terawang di udara ketika menentang Roma semalam.

Ronaldo tidak dikawal dalam kotak penalti pada minit ke-69 dalam aksi Serie A ketika Juve ketinggalan 1-2 di Stadio Olimpico.

Hantaran Danilo dari sebelah kanan tepat ke kepala Ronaldo yang menemui sasaran dengan gaya klinikal sekaligus meledak rekod jaringan ke-450nya dalam lima liga utama Eropah.

Sensasi Portugal, Ronaldo yang menjaringkan kedua-dua gol dalam perlawanan berakhir 2-2 muncul pemain pertama dalam sejarah meledak jaringan sebanyak itu.

Tetapi peminat lebih mengagumi kemampuan fizikalnya yang tidak menampakkan tanda keletihan walaupun semakin menghampiri penghujung karier.

PERTAHANAN Roma,   Peres dan  Mancini  tidak dapat menyekat lompatan Ronaldo. FOTO Agensi
PERTAHANAN Roma, Peres dan Mancini tidak dapat menyekat lompatan Ronaldo. FOTO Agensi

Reaksi seorang peminat yang menonton jaringan itu berkata: ''35 tahun, melompat seperti Jordan. Tak logik.''

Seorang lagi menyamakan tandukan hebat Ronaldo itu seperti tandukannya ketika aksi Manchester United pada peringkat pertama suku akhir Liga Juara-Juara 2008.

Menurut mereka: "Cristiano Ronaldo yang sama. Tidak dimamah usia, tandukan sama ketika itu dan kini bersama Juve.''

Seorang lagi dalam Twitter menulis: ''Cristiano Ronaldo, jaringan sangat hebat. Dia Michael Jordan bola sepak dengan lompatan dan tandukan fenomena.''

Seorang lagi memuat naik: "Tandukan terapung Ronaldo menjadi satu lagi identiti legenda itu.'' Pada Disember lalu Ronaldo mengagumkan peminat dengan tandukan setinggi 8 kaki 5 inci ketika menentang Sampdoria.

Dia seperti terapung selama 1.5 saat yang menarik perhatian pengurus Sampdoria, Claudio Ranieri.

"Ronaldo melakukan seperti yang anda nampak di NBA, dia tergantung di udara beberapa ketika."

Sebelum itu dia melompat setinggi 7 kaki 7 inci untuk melakukan aksi akrobatik ketika beraksi bersama Real Madrid menentang Juventus.

Juventus sudah pasti terus menagih bisa Ronaldo dalam misi mereka mempertahankan gelaran Serie A musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2020 @ 10:37 PM