PELLEGRINI (dua dari kiri) menyempurnakan sepakan penalti untuk membolehkan Roma menang 1-0 ke atas Sampdoria. FOTO EPA
PELLEGRINI (dua dari kiri) menyempurnakan sepakan penalti untuk membolehkan Roma menang 1-0 ke atas Sampdoria. FOTO EPA
AFP

Milan: Roma melangkah dalam kelompok empat teratas Serie A selepas menang 1-0 di Sampdoria, semalam, sekali gus menyaksikan pasukan tuan rumah di tangga tercorot liga.

Jaringan Lorenzo Pellegrini menerusi sepakan penalti pada minit kesembilan memastikan Roma memintas pencabar setempat, Lazio di tempat keempat liga iaitu empat mata di belakang pendahulu dan lawan yang akan ditentang pada Ahad ini, Napoli.

Anak buah Jose Mourinho berhempas pulas di Stadio Luigi Ferraris tanpa Paulo Dybala yang cedera dan mungkin tidak dapat bermain untuk Roma sehingga Januari.

"Ia adalah keputusan yang sangat penting buat kami kerana kami mempamerkan karektor, kecerdasan dan semangat juang," kata Mourinho kepada DAZN.

Kekalahan ketujuh Sampdoria daripada 10 perlawanan liga adalah pengalaman pertama buat jurulatih, Dejan Stankovic selepas menggantikan Marco Giampaolo yang dipecat pada awal bulan ini.

Stankovic yang juga bekas pemain tengah terkenal meninggalkan Red Star Belgrade selepas mereka gagal layak ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah (UCL), memenangi gelaran itu sebagai pemain di bawah bimbingan Mourinho di Inter.

"Saya sangat gembira apabila mendapat tahu kelab yang digemari kini diuruskan seseorang yang dianggap sebagai adik saya. Saya harap kami bermain di sini musim depan," kata Mourinho.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Oktober 2022 @ 8:36 AM