PEMAIN Sampdoria, Omar Colley (kiri) berebut bola dengan pemain Juventus, Dusan Vlahovicu pada perlawanan yang berkesudahan seri 0-0, hari ini. FOTO AP
PEMAIN Sampdoria, Omar Colley (kiri) berebut bola dengan pemain Juventus, Dusan Vlahovicu pada perlawanan yang berkesudahan seri 0-0, hari ini. FOTO AP
Reuters

Rom: Juventus seri 0-0 di Sampdoria pada perlawanan kedua Serie A, hari ini, pada ketika tuan rumah nyaris memecah kebuntuan apabila percubaan Mehdi Leris terkena palang.

Leris hampir menyudahkan satu-satunya peluang Sampdoria pada minit ketujuh, tetapi percubaan pemain tengah dari Perancis itu terkena palang.

Pemain tengah Juve, Juan Cuadrado sepatutnya melorongkan bola kepada Vlahovic pada minit ke-15 selepas merampas bola daripada pemain pertahanan, Tommaso Augello, dia membuat keputusan untuk merembat dan percubaannya diselamatkan penjaga gol.

Pelawat menyangka mereka berada di depan apabila Adrien Rabiot menolak bola hantaran Dusan Vlahovic ke dalam gawang pada minit ke-65, tetapi jaringan itu dibatalkan.

Pemain baru Juve, Filip Kostic cuba memastikan gol kemenangan pada minit ketiga masa tambahan, tetapi penjaga gol tuan rumah, Emil Audero bertindak cemerlang untuk menafikan tiga mata kepada kelab Turin itu yang menewaskan Sassuolo 3-0 pada perlawanan sulung liga.

"Kami tidak dibolosi dalam dua perlawanan. Pada babak pertama, permainan Sampdoria agak bagus manakala kami lebih baik pada babak kedua," kata pengurus Juve, Massimiliano Allegri kepada DAZN.

"Malangnya, ada satu perkara yang tidak boleh dilakukan dalam bola sepak dan ia adalah berundur lari ke belakang."

Juventus akan melayan kunjungan AS Roma pada Sabtu ini manakala Sampdoria berkunjung ke Salernitana pada Sunday.

Sebelum itu, Chris Smalling memastikan Roma menang 1-0 ke atas Cremonese menerusi tandukan pada minit ke-65.

Bagaimanapun, pemain tengah Roma, Nicolo Zaniolo terpaksa meninggalkan padang pada babak pertama selepas kecederaan bahu, sekali gus menambah kebimbangan kepada pengurus, Jose Mourinho selepas Georginio Wijnaldum patah kaki ketika latihan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Ogos 2022 @ 8:17 AM