JURGEN Klopp. FOTO AFP
JURGEN Klopp. FOTO AFP
Agensi

London: Bekas Pengerusi Crystal Palace, Simon Jordan mengecam Pep Guardiola, Jurgen Klopp dan Jordan Henderson kerana mengadu mengenai jadual padat ketika musim perayaan Krismas.

Pasukan utama kini melalui kalendar yang padat dengan beberapa pasukan terpaksa beraksi ketika Boxing Day sebelum beraksi lagi pada 28 Disember dan semasa tahun baru.

Pengurus Liverpool, Klopp; pembantunya, Pep Lijnders dan kapten, Jordan Henderson kesemuanya mengadu mengenai perkara itu sejak minggu lalu.

Kelab Liga Perdana mengadakan perbincangan dengan pengendali liga untuk menerangkan mengenai perkara itu dan pengurus Manchester City, Pep Guardiola pula berkata pemain boleh mengadakan mogok jika mereka tidak gembira.

Bagaimanapun Jordan mengecam Guardiola dan Klopp yang sentiasa memberikan alasan serta melabelkan mereka berdua sangat bertuah dan mungkin bekerja di McDonalds jika tidak kerana pembabitan dalam bola sepak.

"Anda sudah diberikan peluang yang berlebihan. Kebanyakan pemain sebenarnya mahu beraksi.

"Anda lihat bagaimana individu seperti Graeme Souness dan David Moyes yang mahu perlawanan diteruskan. Itulah yang kita mahukan.

"Dalam bola sepak akan ada yang sentiasa tidak berpuas hati. Contohnya jika anda membenarkan lima pertukaran pemain, mereka mahukan tujuh dan jika diberikan tujuh, mereka mahukan 10 pula," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Disember 2021 @ 12:23 PM