PEP Guardiola. -FOTO Reuters
PEP Guardiola. -FOTO Reuters
Reuters

London: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berkata pendahulu Liga Perdana itu akan berusaha untuk menandatangani penyerang untuk mencari pengganti kepada penjaring terbanyak, Sergio Aguero.

Skuad Guardiola beraksi tanpa penyerang tengah sepanjang kempen ini selepas penyerang Argentina, Aguero meninggalkan kelab pada kempen musim lalu.

City turut terlepas peluang mendapatkan beberapa penyerang seperti penyerang England Harry Kane dari Tottenham Hotspur.

"Saya rasa kelab memerlukan penyerang yang pastinya," kata Guardiola.

"Anda kata kami bermain dengan hebat tanpa penyerang kerana kami menang. Apabila kami tidak menang, anda berkata kami perlukan penyerang.

City kini mendahulu carta liga dengan kelebihan tiga mata mengatasi Liverpool tetapi mempunyai perbezaan gol yang lebih rendah berbanding pasukan Juergen Klopp.

Pasukan Guardiola meledakkan 64 kali dari 27 perlawanan setakat ini, kurang tujuh daripada Liverpool.

Aguero menjaringkan 260 untuk City, meninggalkan kelab itu untuk menyertai Barcelona dan percubaan kelab untuk mengikat Kane sebagai pengganti gagal.

Penyerang Brazil. Gabriel Jesus kebiasaannya beraksi di bahagian sayap musim ini selepas menjual Ferran Torres, seorang lagi penyerang yang boleh bermain di hadapan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Mac 2022 @ 1:02 PM