KLOPP beri amaran kepada Rangnick. -FOTO AFP
KLOPP beri amaran kepada Rangnick. -FOTO AFP
Agensi

London: Jurgen Klopp memberi amaran kepada rakan baiknya Ralf Rangnick: "Anda tidak mempunyai banyak masa untuk melakukan perubahan besar di Manchester United."

Kedua-dua pengendali itu mempunyai hubungan rapat sejak bertahun-tahun lamanya dengan pengurus Liverpool itu berhubung dengan Rangnick sebelum beliau mengambil peranan pengurusan di Mainz.

Klopp berkata, rakannya itu dipandang tinggi oleh jurulatih di seluruh dunia dan beliau adalah seorang lelaki yang sangat baik dan seorang jurulatih cemerlang serta sangat dihormati dalam dunia bola sepak.

Klopp memberi amaran bahawa itu semua tidak mencukupi untuk menghadapi jadual padat sepanjang Disember dan Januari dalam Liga Perdana dan perlu melakukan peningkatan yang ketara untuk United, berdasarkan pengalamannya sewaktu tiba di Anfiled satu ketika dulu.

"Anda mempunyai idea tapi anda perlu menyesuaikannya dengan pasukan dan bagi diri saya, saya mendapati ia bukan muda apabila tiba ke kelab pada pertengahan musim dan terdapat hampir 20 perlawanan di antara waktu itu," jelasnya.

"Itu cabaran besar kerana perkara yang ingin anda ubah di atas padang tapi tidak mempunyai masa yang cukup untuk itu.

"Jadi biarpun pasukannya sudah menyedari hal itu, anda masih memerlukan masa mendekati mereka tapi anda tidak mempunyai peluang untuk itu. Ia akan menjadi menarik.

Klopp sendiri sebelum ini pernah mengadu mengenai jadual yang padat dan menyeru badan pentadbir perlawanan untuk menghentikan bebanan berlebihan pemain yang boleh merosakkan pemain.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 November 2021 @ 9:06 AM