Jurulatih Sepanyol, Luis Enrique. FOTO EPA
Jurulatih Sepanyol, Luis Enrique. FOTO EPA
AFP

Madrid: Luis Enrique menyenaraikan pemain tengah Barcelona berusia 17 tahun, Gavi dalam skuad Sepanyol yang diumumkan hari ini, sekalipun pemain muda berkenaan hanya tampil dalam empat aksi di saingan La Liga.

Seorang lagi perancang tengah Barcelona, Pedri, 18, turut disenaraikan kembali selepas disisihkan pada September susulan jadual padat ketika beraksi di Euro 2020 dan Olimpik.

Namun Luis Enrique memberi peluang lebih awal buat bintang Barca, Ansu Fati, pemain berusia 18 tahun itu hanya melakukan dua penampilan buat kelabnya selepas 10 bulan tersisih kerana kecederaan lutut yang serius.

Gavi satu lagi pemilihan yang mengejutkan dalam skuad muda Sepanyol yang akan berdepan Itali pada separuh akhir Liga Negara-Negara di Milan pada Khamis depan.

"Apabila anda melihat dia beraksi di peringkat ini, dia mengagumkan," kata Luis Enrique.

"Saya sudah mengenalinya sekian Iama, dia sudah menjadi pemain yang diharapkan dalam pasukan simpanan Barca. Saya tidak ragu-ragu mengenai tahap permainan yang akan dicapainya pada masa depan."

Senarai Pemain:

Penjaga gol: Unai Simon (Athletic Bilbao), David De Gea (Manchester United/ENG), Robert Sanchez (Brighton & Hove Albion/ENG)

Pertahanan: Cesar Azpilicueta (Chelsea/ENG), Eric Garcia (Barcelona), Aymeric Laporte (Manchester City/ENG), Inigo Martinez (Athletic Bilbao), Pau Torres (Villarreal), Sergio Reguilon (Tottenham/(ENG), Marcos Alonso (Chelsea/ENG), Pedro Porro (Sporting Lisbon/POR)

Tengah: Sergio Busquets, Pedri, Gavi (all Barcelona), Rodri (Manchester City/ENG), Koke (Atletico Madrid), Mikel Merino (Real Sociedad)

Penyerang: Pablo Fornals (West Ham/ENG), Marcos Llorente (Atletico Madrid), Pablo Sarabia (Sporting Lisbon/POR), Mikel Oyarzabal (Real Sociedad), Yeremi Pino (Villarreal), Ferran Torres (Manchester City/ENG)

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 September 2021 @ 9:21 PM